Friday, July 31, 2009

“MEMBENDUNG MUSIBAH WABAK SELSEMA BABI ”

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
31 JULAI 2009 / 09 SYAABAN 1430)

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa bagi memastikan kita tidak terjebak dengan perbuatan menderhaka kepada Allah dan menzalimi sesama manusia. Mudah-mudahan kehidupan kita terselamat daripada musibah dan tidak terkena kemurkaan Allah. Memandangkan musibah selsema babi atau H1N1 mula menyebabkan peningkatan kematian di negara ini, maka mimbar pada hari ini sekali lagi menekankan tentang tajuk: “Membendung Musibah Wabak Selsema Babi”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sambungan.....

Friday, July 24, 2009

RAHSIA KEBERSIHAN JIWA DALAM ISRA’ MIKRAJ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
(10 JULAI 2009 / 17 REJAB 1430

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan para jemaah sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: ’RAHSIA KEBERSIHAN JIWA DALAM ISRAK MIKRAJ’

Sambungan.....

Saturday, April 25, 2009

Peringatan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sedarilah wahai soleh, tidak seorang pun yang boleh terlepas daripada kejahatan syaitan kecuali sembilan perkara:
Pertama : Ilmu
Kedua : Makrifat
Ketiga : Menyucikan Diri
Keempat : Sembahyang Pada Malam Hari
Kelima : Berlapar Pada Waktu Siang Hari
Keenam : Takut Kepada Allah Taala
Ketujuh : Sentiasa Berair Sembahyang
Kelapan : Sentiasa Berzikir
Kesembilan : Sembahyang

Tuesday, April 21, 2009

Halangan Dalam Perjuangan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1-Halangan di dalam perjuangan menegakkan kebenaran mula-mula sekali
ialah nafsu dan syaitan, kemudian takut, selepas itu diuji dengan
kelaparan, dikuti dengan ujian kekurangan harta, kemudian diuji dengan
sedikit pengikut. Kalau Allah memberi kejayaan di dunia diuji pula
dengan nikmat yang melimpah ruah, Sayidina Umar menangis dengan yang
akhir ini. Kerana banyak umat Islam yang kecundang.

Sambungan.....

Friday, April 03, 2009

PALESTINA TERCINTA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Cukupkah sekadar hanya Penonton??? 

atau mahu menjadi pendokong!!!

Siapakah pembela agama allah???

pastikah ia adalah kita!!!


Sunday, March 22, 2009

Syekh Ahmad Al-Buni

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”




“Hendaklah kamu bersama Allah, dan jika kamu tidak mampu melakukannya, bersamalah dengan orang yang bersama Allah (Arifbillah), nescaya dia akan membawa kamu sampai kepada Allah.”

“Hendaklah kamu dipimpin oleh orang-orangmu yang alim kerana sesungguhnya mereka adalah penghubung antara kamu dengan Tuhan”.

~ Hadis~

Thursday, July 24, 2008

TG NIK AZIZ RAIH ANUGERAH KEAMANAN NOBEL VERSI ASIA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan. 
sambungan sila klik

Wednesday, July 02, 2008

Gambar bulan terbelah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Wednesday, April 23, 2008

25 Pesanan Luqmanul Hakim

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

sambungan sila klik

Wednesday, April 02, 2008

MASJID AKHIR ZAMAN

Menghias masjid & membanggakannya.
Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

Tuesday, March 25, 2008

JANGAN TINGGALKAN AKU TUHAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ













--AbDuL RaZaK Al-SuLuKi--

firman Allah
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (٤)
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Al-HaDiD-4)

Wednesday, September 19, 2007

TOK GURU










BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal. Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?










Tawadhunya Menteri Besarku, yang jelas tok guru sedang menuruni tangga masjid, agaknya baru sudah mengimami solat fardhu berjemaah...Itulah rutin hariannya, kalau tidak ada program di tempat lain, sudah tentunya di masjidnya sendiri, bersebelahan rumahnya. Beliaulah Ketua Kerajaan, dan beliaulah Imam Sembahyang, beliau juga mengajar masyarakat dan rakyat negerinya agama....mengajar takut pada Allah dan hari akhirat. The one and only in Malaysia and maybe in this world....Tok Guru, kami sayang padamu....