Tuesday, March 02, 2010

AS-SYAHIDAH WAFA' BINTI IDRIS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Menemui syahid pada 27 Januari 2002 (sesetengah mengatakan pd 29.Jan.02)ketika berusia 28 tahun (sesetengah mengatakan 26 tahun)... Beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah dengan meletupkan dirinya di tengah-tenga bandar Al-Quds (Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi terkorban 150 cedera. Beliau merupakan wanita petama yang melakukan serangan seperti itu. Beberapa hari kemudian, ulama-ulama di Universiti Al-Azhar, Kaherah mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID. TAKBIR!!!

Thursday, February 25, 2010

BENARKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “Benarkah Kita Mencintai Rasulullah SAW”.

Sambungan.............

Wednesday, February 24, 2010

MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kita akan menyentuh satu tajuk besar iaitu ' MENGENALI DIRI '. Tahukah kita bahawa manusia yang Tuhan cipta ini mempunyai amanah dan tanggungjawab yang teramat besar untuk dipikul.Malaikat sendiri apabila ditawarkan oleh Tuhan untuk menjadi manusia, malaikat berkata mereka tidak sanggup menjadi manusia yang terpaksa memikul amanah Tuhan didunia.

Begitu sekali, malaikat pun tidak sanggup jadi manusia. Tuhan berfirman yang maksudnya kalau manusia hendak mengenali Tuhan, maka manusia kena mengenali diri sendiri terlebih dahulu.

Sambungan.............

Thursday, February 18, 2010

DOA ZIARAH NABI SAW PD HARI KELAHIRAN NYA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari kelahiran Nabi saw sebentar lagi akan tiba, hari yang sangat
mulia dan penuh berkah. Mari kita jadikan hari yang mulia itu sebagai
wasilah untuk mendapatkan syafaat Rasulullah saw dan keluarga sucinya
di dunia dan akhirat. Kita jadikan hari kelahiran Nabi saw
sebagai media untuk memperbaharui baiat (janji setia) kita kepada
beliau, mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya.

Salam atasmu, ya Rasulullah
Salam atasmu, duhai nabi Allah
Salam atasmu, duhai pilihan Allah
Salam atasmu, duhai rahmat Allah
Salam atasmu, duhai pilihan Allah
Salam atasmu, duhai kekasih Allah
Salam atasmu, ya Najiballah

Sambungan.............

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Sambungan.............

Sunday, February 14, 2010

Syair Martabat Tujuh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Apabila kemudian dengarkan disini hai yang menuntut haqq
wujud itulah yang mutlak, wujud yang mutlak
wujud itulah `ainu `l-haqq
tiada mongering dia ada nya mutlak

wujud itulah yang bernama tanzih
adanya munazzah daripada sekalian tasbih
itu tiada berubah daripada tanzih
……..
wujud itulah martabat layak
menyatakan dirinya dgn rupa yang banyak
dengan hambanye netiasa ia jinak
seketika jua adapun tiada ia jarak (ertinya tiada bercerai)

Sambungan.............

Sunday, February 07, 2010

Si kecil dan Tahajjud

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Cerita kecil tahajjud : Abu Yazid Al-Bisthami

Ketika sedang solat tahajjud, dia melihat anaknya yang masih kecil bangun
disampingnya. Dia merasa kasihan kepada anak itu karena malam begitu dingin.
Oleh itu dia berkata, "Anakku, tidurlah! Malam masih panjang." Namun, anak itu berkata," Tetapi mengapa ayah bangun?"

Sambungan.............

Saturday, February 06, 2010

“INTEGRITI ULAMA’-UMARA’ PENENTU KEKUATAN UMMAH”

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan tajuk: “Integriti Ulama’-Umara’ Penentu Kekuatan Ummah”.

Sambungan.............

Friday, December 04, 2009

GERAI NASI KERABU BUKIT MARAK

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


















MULAI 31 OKTOBER baru2 ini…saya membuka gerai jualan pertama kali dalam hidup…memperkenalkan keenakkan NASI KERABU AROMA BUKIT MARAK…homemade sudah tentunya!!!

Buat peminat nasi kerabu biru..sila datang beramai2..PROMOSI SEPANJANG NOVEMBER sedang berlangsung…menu special utk weekend sahaja!!!

Didatangkan hidangan STANDARD PACKAGE(RM3.50) & SUPERRR PACKAGE(RM6)

Jemput dtg ramai2..untuk merasai keenakan NASI KERABU AROMA BUKIT MARAK….dptkan harga promosi sempena November utk SUPER PACKAGE!

Boleh rujuk sini untuk gambaran penuh:NASI KERABU BUKIT MARAK

LOKASI:B5 G 8,Jln Ping. Putra 1/2,Tmn Ping. Putra,Seri Kembangan..nearby JUSCO EQUINE,opposite PETRONAS+KFC

















Nasi Kerabu Bukit Marak Superrr Package(RM6)

Monday, November 30, 2009

JADIKAN HATI MU SEPERTI TASIK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Wednesday, November 25, 2009

LIMA PERKARA ANEH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang egkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya." Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Sambungan.....

Tuesday, September 01, 2009

“NIKMAT KEMERDEKAAN UBAH GAYA HIDUP”

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(28 OGOS 2009 / 07 RAMADAN 1430)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat dan bulan Ramadan yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “Nikmat Kemerdekaan Ubah Gaya Hidup”.

Sambungan.....

Saturday, August 22, 2009

“ RAMADHAN JALAN MENUJU TAQWA”

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
(21 OGOS 2009 / 30 SYAABAN 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Bulan Ramadhan yang suci datang lagi, maka marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan ini untuk membaiki dan meningkatkan prestasi akhlak supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan puasa kita kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: “ Ramadhan Jalan Menuju Taqwa.”

Sambungan.....