Saturday, November 09, 2013

Misteri! Bukti Sungai Tiba-Tiba Berkilau Kehijauan!

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAUpada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAUyang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.



Sunday, September 09, 2012

Perjuangan dan Kepimpinan yang Ikhlas

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Berapa ramai peminpin, pejuang yang ikhlas dalam perjuangan dan kepinpinan
yang mereka bawa.

" Hendaklah kamu ikhlas kepada Allah
Ikhlas kepada Rasul
Ikhlas kepada Pemimpin
Ikhlas kepada setiap orang."

Sabda Rasul.

Wednesday, September 05, 2012

Isu Bukit Marak Terkini

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Firman Allah S.W.T:“ dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi“

Kelihatan jelas daripada pandangan jauh kesan-kesan pengambilan tanah Bukit Marak yang menunggu masa berlakunya bencana tanah runtuh dan banjir lumpur. 

Thursday, August 02, 2012

Di Ambang 1 Syawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aidilfitri adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa.
Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.
Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Sunday, August 28, 2011

NAMA TENTERA BADAR AL-KUBRA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

mam Al-Bukhari r.a. juga turut menyebut mengenai kehadiran tentera malaikat dalam Peperangan Badar dengan memetik sebuah hadith, yang bermaksud: “Malaikat Jibril a.s. menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, ‘Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?’ Baginda s.a.w. menjawab, ‘Daripada sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!’ Lalu Jibril a.s. berkata, ‘Begitu juga tentera Malaikat yang menyertai peperangan ini!’”.
Semoga Allah merahmati para ahli Badar. Berikut disenaraikan nama tentera-tentera Badar Al-Kubra, yang diketuai oleh pemimpin agung kita, Penghulu Para Nabi dan Rasul!

Sambungan.............

Saturday, July 10, 2010

Pesta Wau Jemputan Antarabangsa 2010

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KOTA BAHARU, 30 Jun (Bernama) — Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Pelayang Negeri Kelantan dan Majlis Pelayang Malaysia akan menganjurkan Pesta Wau Jemputan Antarabangsa Kelantan 2010 di pusat peranginan Pantai Irama, Bachok, dekat sini mulai 15 Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata 18 kategori pertandingan wau akan diadakan sepanjang pesta selama empat hari itu.

Beliau berkata pesta wau itu diubah lokasinya ke Pantai Irama setelah sebelum ini diadakan di kawasan peranginan Pantai Seri Tujuh, Tumpat sejak ia diperkenalkan 27 tahun lepas.

“Peserta luar negara dari Thailand merupakan peserta jemputan tunggal kerana lokasi yang dipilih itu tidak mampu menampung tempat untuk lebih banyak peserta dari luar negara sebelum ini, seperti Jepun, Korea, Singapura dan Brunei,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, di sini Rabu.

Takiyuddin berkata pesta wau ini juga bertujuan memperkenalkan cabang kesenian yang sihat kepada generasi muda di samping dapat mempertahankan warisan bangsa yang semakin terhakis oleh peredaran masa.

Selain pertandingan wau ini, para pengunjung turut berpeluang acara sukan dan kesenian rakyat, seperti pertandingan ayam serama, pertandingan dikir barat serta pertandingan mewarna peringkat sekolah.

Thursday, April 22, 2010

Dengan Kalimah Tauhid

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Syeikh al-Junaid bercerita:
Aku berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji dengan mengenderai unta. Aku hadapkan unta itu ke arah Mekah, tetapi unta itu enggan mahu menuju ke arah itu, malah ia mengarah ke arah negeri Konstantin. Aku merasa hairan dengan kelakuannya. Kemudian aku mengarahkan unta itu sekali lagi ke arah Mekah, namun ia tetap mahu menuju ke arah Konstantin. Berkali-kali aku mengarahkannya untuk bergerak menuju ke Mekah. Namun, ia masih juga mahu bergerak ke arah Konstantin. Aku berkata dalam hatiku, "Ini tentu ada suatu rahsia, mengapa unta ini tetap mahu menuju ke arah Konstantin. Tiada siapa pun yang tahu selain Allah."

Sambungan.............

Friday, March 26, 2010

Fadhilat & Hikmah membaca Adh Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Surah Adh-Dhuha (bererti waktu Dhuha) merupakan Surah yang ke 93 di dalam Al-Quran, mengandungi 11 ayat. Ia di namakan Adh-Dhuha kerana di awal Surah itu Allah Taala bersumpah dengan waktu tersebut dan juga dengan waktu malam, bahawa Dia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik.

Sambungan.............

Thursday, March 25, 2010

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman: "Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya." (Riwayat Ahmad)Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.

Sambungan.............

Thursday, March 18, 2010

NAMA ALLAH YANG 150

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. al-Bari’ Maha Pemelihara
2. al-Rasyid Maha Cendikiawan
3. al-Burhan Maha Pembukti
4. as-Syadid Maha Keras
5. al-Waqi Maha Pemelihara
6. al-Qaim Maha Berdidi
7. al-Hafiz Maha Menjaga
8. an-Nazhir Maha Melihat
9. as-Sami’ Maha Mendengar
10. al-Mu’thi Maha Pemberi
11. al-Abad Maha Abadi
12. al-Munir Maha Menerangi
13. at-Taam Maha Sempurna
14. al-Qadim Maha Kekal
15. al-Witru Maha Esa

Sambungan.............

Thursday, March 11, 2010

Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.
“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya. Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Sambungan.............

Tuesday, March 02, 2010

AS-SYAHIDAH WAFA' BINTI IDRIS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Menemui syahid pada 27 Januari 2002 (sesetengah mengatakan pd 29.Jan.02)ketika berusia 28 tahun (sesetengah mengatakan 26 tahun)... Beliau melakukan amaliyyah istisyhadiyyah dengan meletupkan dirinya di tengah-tenga bandar Al-Quds (Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi terkorban 150 cedera. Beliau merupakan wanita petama yang melakukan serangan seperti itu. Beberapa hari kemudian, ulama-ulama di Universiti Al-Azhar, Kaherah mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID. TAKBIR!!!

Thursday, February 25, 2010

BENARKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “Benarkah Kita Mencintai Rasulullah SAW”.

Sambungan.............