Thursday, November 21, 2013

Nur Salina Abdullah, 18, Mualaf Maut Didera

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”



KUAH - Seorang remaja mualaf yang koma dipercayai akibat didera disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi, jam 8.40 malam semalam.

Mangsa, Nur Salina Abdullah, 18, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi pada Ahad lalu selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Shamsul Nawi berkata, ketika mendapatkan rawatan, doktor menemui pelbagai kesan lebam di keseluruhan bahagian tubuh mangsa.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya membuat laporan polis kerana kesan kecederaan yang dialami dipercayai akibat penderaan.

"Bertindak atas laporan yang dibuat, polis menahan reman pasangan suami isteri yang juga keluarga angkat mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal, keluarga ini dikatakan berpindah ke Langkawi sejak setahun lalu dan mengusahakan perniagaan makanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shamsul berkata, sehingga jam 10 malam tadi, bedah siasat masih lagi dijalankan oleh pihak hospital.

“Pemeriksaan memerlukan masa untuk melihat pelbagai aspek yang menyebabkan kematian mangsa.

“Setelah selesai bedah siasat, pihak kami akan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi untuk urusan pengebumian mangsa, ini adalah atas permintaan ayahnya yang mahukan yang terbaik bagi anaknya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan reman adalah majikan kepada mangsa iaitu sepasang suami isteri dan dua orang turut ditahan iaitu anak mereka yang berumur 16 dan 21 tahun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Nai Koi See, 42, menyerah kepada pihak berkuasa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu dua tahun lalu ketika selesai mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Anak saya yang nama asalnya Nai Ah Nung (Nur Salina) tinggal bersama ibu saya sejak berumur enam tahun sehinggalah dia mengikut jiran kami ke Pulau Pangkor, Perak.

"Saya ada cuba menghubungi dia awal tahun ini untuk bertanya khabar menerusi telefon tetapi tidak berjawab,” katanya.

Koi See berkata, dia dimaklumkan anak bongsu daripada dua beradik itu memeluk agama Islam Januari lalu selepas tinggal bersama keluarga angkatnya kira-kira dua tahun.

Menurutnya, dia sering teringat kepada anaknya itu namun tidak menganggapnya sesuatu yang pelik dan tidak menyangka ia adalah petanda bakal kehilangan anaknya.

"Saya menerima segala kejadian ini dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menguruskan jenazahnya secara Islam,” katanya.

Katanya, keluarganya cukup mengenali pasangan yang menjadi keluarga angkat anaknya itu dan tidak menyangka hal ini akan terjadi.

Sumber - Sinar Harian Online

Khutbah Busuknya Seruan Perkauman (Membela Orang Kita Walaupun Salah)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

 

Nasihat kepada pejuang yang berjuang di atas dasar bangsa, kaum dan kumpulan. Jauhkan dari sikap asabiyah dan perkauman yang disifatkan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai sesuatu yang busuk... Berjuanglah di atas menegakkan Islam. 



Thursday, November 14, 2013

Tiga Perkara Dusta Di Benarkan

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”































DARIPADA Ummi Kulsum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’ait RA katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda `bukanlah dianggap pendusta orang yang mendamaikan antara manusia untuk kebaikan atau mengatakan sesuatu yang baik’.” (riwayat Muttafaqun A’laih)
Terdapat tambahan dalam riwayat Muslim, Ummi Kulsum berkata: “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran memperkatakan sesuatu yang dusta, dalam tiga keadaan, peperangan, mendamaikan antara manusia dan bicara suami kepada isterinya begitu juga bicara isteri kepada atau dengan suaminya, seperti katanya tidak ada orang yang lebih aku sayang daripadamu.”

* Islam tidak membenarkan umatnya berdusta kecuali perkara-perkara yang tertentu sahaja untuk maksud kebaikan.

* Antara perkara-perkara yang dibolehkan berdusta ialah untuk:

* Maslahah perang.

* Mendamaikan antara manusia yang bersengketa dengan menyampaikan kata yang baik daripada satu pihak yang lain walaupun sebenarnya kata-kata itu hanya direka.

* Menjaga hubungan antara suami dengan isteri.

* Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Sedia Laksana Hudud


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Antara tajuk utama Sinar Harian edisi Kelantan esok: "Sedia Laksana Hudud", "Waran Tangkap 'Tuhan Harun'". Dapatkan naskhah anda. 

Semoga bumi serambi Mekah berdaulatnya Hukum Hudud.. 
Amin...

Monday, November 11, 2013

HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Sembah Tahniah Kehadapan KDYMM Sultan Muhammad Ke-V sempena Hari Keputeraan Ke-44 : "Islam Dihayati, Raja Ditaati, Rakyat Dinaungi".. Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia & Akhirat

TALKIN KEMATIAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


"Sudah terputus segala kemewahan bagi kamu.. sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu.. kamu tinggalkan harta KEKAYAAN, PANGKAT, DARJAT, GELARAN, KEBESARAN & KEDUDUKAN yg engkau banggakan di dunia.. sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan 3 perkara yg kau bawa utk mengadap Allah Azza wa Jalla.. 

Sedekah jariah yg kuberikan dgn ikhlas hati semata2 kerana Allah. Ilmu munafaat yg kau amalkan di dunia DAN anak yg soleh mendoakan bagi kamu.." 

Sunday, November 10, 2013

MASIH ELOK SELEPAS 40 TAHUN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


SANAK-SAUDARA terus mengunjungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.


SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang.
Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh.
Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan.
Menurutnya, sifat tersebut diwarisi oleh abangnya, Yusuf yang kemudiannya mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh daripada bapa mereka.
Yusuf kemudian meninggal dunia ketika berusia 63 tahun, tujuh tahun lalu.
“Apa yang boleh saya perkatakan ialah kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah warak dan taat kepada ajaran agama.
“Mereka selalu membaca al-Quran setiap kali ada masa terluang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!

Bagaimana Nak Hidup Jika Tidak Meminjam?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Habis tu macam mana nak beli rumah kereta? Duduk dalam hutan, duduk dalam gua?" Itu adalah respons biasa daripada manusia kebanyakan apabila diberitahu bahawa pinjaman sistem perbankan baik konvensional mahupun islamik adalah haram. Moga penjelasan dari Sheikh Imran ini mampu memberikan ketukan buat minda untuk berfikir.

Saturday, November 09, 2013

Misteri! Bukti Sungai Tiba-Tiba Berkilau Kehijauan!

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAUpada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAUyang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.



Sunday, September 09, 2012

Perjuangan dan Kepimpinan yang Ikhlas

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Berapa ramai peminpin, pejuang yang ikhlas dalam perjuangan dan kepinpinan
yang mereka bawa.

" Hendaklah kamu ikhlas kepada Allah
Ikhlas kepada Rasul
Ikhlas kepada Pemimpin
Ikhlas kepada setiap orang."

Sabda Rasul.

Wednesday, September 05, 2012

Isu Bukit Marak Terkini

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Firman Allah S.W.T:“ dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi“

Kelihatan jelas daripada pandangan jauh kesan-kesan pengambilan tanah Bukit Marak yang menunggu masa berlakunya bencana tanah runtuh dan banjir lumpur. 

Thursday, August 02, 2012

Di Ambang 1 Syawal

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aidilfitri adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa.
Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.
Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Sunday, August 28, 2011

NAMA TENTERA BADAR AL-KUBRA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

mam Al-Bukhari r.a. juga turut menyebut mengenai kehadiran tentera malaikat dalam Peperangan Badar dengan memetik sebuah hadith, yang bermaksud: “Malaikat Jibril a.s. menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, ‘Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?’ Baginda s.a.w. menjawab, ‘Daripada sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!’ Lalu Jibril a.s. berkata, ‘Begitu juga tentera Malaikat yang menyertai peperangan ini!’”.
Semoga Allah merahmati para ahli Badar. Berikut disenaraikan nama tentera-tentera Badar Al-Kubra, yang diketuai oleh pemimpin agung kita, Penghulu Para Nabi dan Rasul!

Sambungan.............