بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.
“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya. Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Sambungan.............