Wednesday, October 28, 2015

Manfaat Mandi Sebelum Subuh

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Manfaat Mandi Sebelum Subuh | Apa kebaikan mandi sebelum subuh? Kajian menunjukkan bahawa kandungan gas ozon lebih tinggi pada waktu pagi berbanding waktu-waktu lain. Gas ozon ini memang penting untuk kesihatan tubuh badan.
Jadi jika anda amalkan mandi sebelum waktu subuh, selain membersihkan diri, anda juga akan berasa segar dan dalam menikmati 6 manfaat yang dikongsikan di bawah ini.
Manfaat Mandi Sebelum Subuh:
1) Kulit lebih halus dan lembut – Untuk menikmati manfaat mandi sebelum subuh, anda digalakkan mandi dengan air sejuk dan bukan air panas. Air sejuk sebenarnya memberi lebih kebaikan kepada tubuh badan. Ia dapat mengurangkan kegelapan bawah mata (lingkaran gelap), menjadikan kuku lebih sihat dan pastinya kulit juga akan lebih lembut dan halus.
2) Melancarkan darah – Mandi sebelum subuh membantu melancarkan peredaran darah. Bila darah mengalir dengan lancar, badan akan berasa lebih sihat dan bertenaga. Malah anda tidak akan berasa letih sepanjang hari biarpun perlu melaksanakan pelbagai jenis aktiviti.
3) Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi – kajian menunjukkan bahawa individu yang kerap mandi sebelum subuh menggunakan air sejuk dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit darah tinggi. Malah pesakit darah tinggi juga digalakkan untuk mandi sebelum subuh secara kerap.
4) Meningkatkan Kesuburan – Mandi air sejuk sebelum subuh setiap hari dapat meningkatkan hormon testosteron untuk lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
5) Meningkatkan sel darah putih – Amalan mandi sebelum subuh juga dapat membantu meningkatkan sel darah putih yang membantu melawan penyakit dan virus dari menyerang tubuh badan. Individu yang kerap mandi sebelum subuh jarang diserang penyakit.
6) Mengurangkan tekanan – Selain membantu melancarkan darah, mandi sebelum subuh juga dapat membuatkan seseorang individu berasa lebih tenang. Jadi ia merupakan antara cara paling mujarab untuk merawat stress ataupun tekanan.